Little lovely, little lovely, little lovely note book.


Assalamualaikum ^^
Selepas dapat kucup lantai sejadah pagi tadi, terus ain hisap dalam dalam udara segar di pagi hari. Terasa bagai berada di padang, Indonesia la pulak. Hik.hik.hik.

Sebuah Catatan Kehidupan.

Awal awal pagi lagi ain belajar gosok hati perlahan lahan dengan harapan dapat bermuhasabah diri tika usia semakin meningkat.


 Semakin panjang usia kita, semakin panjang pula catatan pengalaman hidup kita. Terlalu banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari pengalaman, tatkala pengalaman menjadi terlalu kaya, maka carilah keunikan yang tersembunyi disebaliknya.

Usia juga membawa kepada kebajikan. Sedangkan mereka yang acuh tak acuh mengores catatan di pasir pantai. Pasti berasa bahawa usia tidak menjadi apa apa dalam kehidupan selain daripada kepuasan.

Walaupun kita sama sama berada di bawah naungan langit, kita sama sama diterangi cahaya matahari, sama sama digelapi oleh malam nuansa namun kita tak pernah sama dalam mencerap semua itu. Kita melihat melihat kehidupan dari sisi yang berbeza, kita melangkah setapak di alan yang sama dengan jarak yang berbeza. Kita juga mengisi ruang dan waktu yang ada dengan besar tubuh yang berbeza.

model
Maka, walaupun kita lahir di bumi yang satu, namum setiap sisip kehidupan kita adalah berbeza. Kita juga punyai sidik pemikiran yang tak sama dengan semua orang. Tatkala itulah baru kita fikir bahawa kekayaan pengalaman usia penghidupan itu tak banyak bermakna bila diri kita makin bijak bistari.


p/s : Pandaikan ain berpuitis...tak sia sia ain tak ambil kos sastera dahulu kala.hak.hak.hak. Sayang MAA.

8 sayang Ain Dzaya ♥: